Tuesday 24 November 2015

PENUBUHAN RPA ARAU RIDERS


RPA Arau Riders ini mula ditubuhkan pada awal tahun 2014 yangmana bertujuan untuk mengekalkan tahap kesihatan dengan mengayuh basikal secara santai atau kelajuan bergantung pada tahap stamina pengayuh. Pada awal nya kumpulan ini hanya di anggotai 4 orang kakitangan awam yang sudah besara berkayuh secara santai sebagai 'excecise' sama ada waktu pagi atau petang sambil beriadah dan melihat pemandangan indah sekitar kawasan Arau, Perlis. 

Negeri Perlis banyak tempat menarik yang boleh dilawati dengan hanya berbasikal kerana jarak antara satu kampung dengan satu kampung yang lain tidak jauh dan banyak jalan boleh dilalui sama ada jalan kampung atau jalan sawah padi. Aktiviti kumpulan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari beberapa peminat basikal dikalangan penduduk setempat maka tertubuh lah RPA Arau Riders ini. 


Basikal juga dikira sebagai kenderaan di atas jalan raya dan perlu mengikut peraturan lalu lintas. Ketika berada di jalan raya kita perlu berhati-hati dengan kenderaan yang lebih besar. Kita boleh mengurangkan risiko kemalangan dengan membuat perancangan awal dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling serta sentiasa berwasapada. Yang paling penting perlu bersabar dan fikir dahulu sebelum bertindak. 

Cabutan bertuah....cukup bertuah semua dapat hamper pada Majlis Pelancaran Sukma Perlis 2014 di Uitm Arau Perlis.